На главную

Маяковский В.В.

Прозаседавшиеся

Terlanjur bermesyuarat

Чуть ночь превратится в рассвет,
вижу каждый день я:
кто в глав,
кто в ком,
кто в полит,
кто в просвет,
расходится народ в учрежденья.
Обдают дождем дела бумажные,
чуть войдешь в здание:
отобрав с полсотни -
самые важные!-
служащие расходятся на заседания.

Заявишься:
"Не могут ли аудиенцию дать?
Хожу со времени она".-
"Товарищ Иван Ваныч ушли заседать -
объединение Тео и Гукона".

Исколесишь сто лестниц.
Свет не мил.
Опять:
"Через час велели прийти вам.
Заседают:
покупка склянки чернил
Губкооперативом".

Через час:
ни секретаря,
ни секретарши нет -
голо!
Все до 22-х лет
на заседании комсомола.

Снова взбираюсь, глядя на ночь,
на верхний этаж семиэтажного дома.
"Пришел товарищ Иван Ваныч?" -
"На заседании
А-бе-ве-ге-де-е-же-зе-кома".

Взъяренный,
на заседание
врываюсь лавиной,
дикие проклятья дорогой изрыгая.
И вижу:
сидят людей половины.
О дьявольщина!
Где же половина другая?
"Зарезали!
Убили!"
Мечусь, оря.
От страшной картины свихнулся разум.
И слышу
спокойнейший голосок секретаря:
"Оне на двух заседаниях сразу.

В день
заседаний на двадцать
надо поспеть нам.
Поневоле приходится раздвояться.
До пояса здесь,
а остальное
там".

С волнением не уснешь.
Утро раннее.
Мечтой встречаю рассвет ранний:
"О, хотя бы
ещё
одно заседание
относительно искоренения всех заседаний!"

1922

Sebaik saja malam diganti pagi,
aku nampak setiap hari:
ada orang pergi ke ibu pejabat,
ada - ke Jawatankuasa,
ada - ke Suruhanjaya,
ada - ke Yayasan,
ada ke pejabat saja.
Berkas kertas bagaikan curahan hujan,
sebaik saja masuk bangunan:
selepas memilih setengah ratus kertas -
yang paling penting! -
kakitangan pergi bermesyuarat.

Aku datang:
"Nak jumpa ketua -
bukan pertama kali datang!" -
"Sahabat Ivan Vanich pergi bermesyuarat -
ke Gabungan Teo-Gukon".

Aku naik seratus tangga.
Kepala sudah pusing.
Katanya sekali lagi:
"Datanglah satu jam kemudian.
Masih bermesyuarat -
pembelian bekas tinta
oleh syarikat kerjasama".

Satu jam kemudian:
setiausaha tidak ada,
kerani pun tidak ada pula -
di pejabat kosong!
Semua berusia bawah 22 tahun
di mesyuarat belia.

Lagi aku naik tangga menjelang malam
ke lantai atas bangunan bertingkat tujuh.
"Apa Ivan Vanich datang?" -
- "Di mesyuarat
jawatankuasa Abcdefg".

Geram,
aku menyerbu
bilik mesyuarat
dengan kata kutukan sepanjang jalan. Dan nampak:
semua orang separuh badan!
Oh, jahanam!
Di manakah separuh badan lain?
"Ditekak!
Dibunuh!"
Aku lari ke sana-sini berteriak!
Kerana gambaran itu setengah gila.
Tapi terdengarlah
setiausaha bersuara senyap:
"Mereka hadir sekaligus di dua mesyuarat.

Setiap hari
dua puluh mesyuarat
perlu kami hadiri.
Mahu tidak mahu terpaksa terbahagi dua.
Bahagian atas badan di sini,
bahagian bawah
di tempat lain".

Resah risau susah nak tidur.
Pagi-pagi buta.
Ku menyambut fajar dengan cita-cita:
"Oh, biarlah
satu mesyuarat
lagi
untuk meniadakan semua mesyuarat!"

Translated by V.Pogadaev